Wednesday, 19 October 2011

jadikan aku tulang belakangmu


aku perempuan yang mahukan kehidupan yang aku mimpi seindah syurga jadi kenyataan. itukan impian semua perempuan sekeliling kan ? aku tergolong sekali dalam kelompok tu. nampak aneh untuk ditunaikan tapi sebenarnya satu mimpi jadi kenyataan jika ia menjadi realiti. aku juga perempuan yang impikan menjadi perempuan yang suamiku menyebut aku dikhalayak ramai  "obsesi aku sampai mati adalah : dia" memang aku perempuan paling bertuah dalam dunia ini. ouhh sang suami. kau tahukah aku impikan untuk beri terbaek buat kau ? aku mahu bisa jadi :

di waktu mudamu
berada disisimu, menghadap masa remajaku denganmu. manjakan kau dengan belaian mudaku. sediakan sesempurna mana kehendakmu. menyaratkan diriku dengan benihmu. berkorban nyawa melahirkan zuriatmu. memimpin anak anakmu ke arah yang soleh dan solehah. dapur aku menjadi gerai kau yang paling kau obses nak singgah. mengejar impian yang aku mahu kejar dengan kau. saket demam kau, aku ubat dengan kerisauanku. penat lelah kau aku tenangkan dengan senyumanku. aku mahu jadi bidadari, penyanyi, tukang urut, penyambut tetamu malah nurse kau.

di waktu tuamu
masih memimpin tanganmu biar sudah berkedut "baju baru" yang aku akan pakai *sudah tua dan berkedut sana sini. tersenyum indah bersama kau melihat anak anak sudah bahagia. bermain dan bergurau dengan cucu. tonton tv dengan kau. makan masih bersuap seperti baru kawen. dan saketnya kau, biar aku jadi nurse tetapmu tanpa dibayar gaji tapi cukup dibayar dengan senyuman dan kasih sayangmu. dan aku laa perempuan yang mahu memangku kau disaat kau ditarek nafas dan saat itu aku mahu disampingmu sehingga aku bisa selesai tugasku kepadamu di dunia. di syurga ? insyaAllah. aku hanya mengimpikan tapi Allah yang tentukan.

konklusi : bisa aku jadi tulang belakangmu ? :)

No comments:

Post a Comment