Monday 7 January 2019

Hidup

adapun ada hari hari kita tidak selalunya berpayungkan matahari
cerah
kita masih mempunyai hujan yang cuba menyejukkan
biarpun kita basah meniti rasa
dan percayalah bahawa
pelangi akan selalu ada buat kita
mewarnai rasa rasa janggal
rasa yang hanya kita sahaja yang tahu.

mungkin pelangi berdoa
agar kita kekal tersenyum
walaupun kita terlalu mengharap yang tinggi
tapi masih jatuh pada skala yang paling rendah.

Sunday 11 June 2017

love

cinta
bukan kelebihan aku

yang hanya ada
musnah, memusnahkan dan dimusnahkan.

cinta
bullshit.

Thursday 18 May 2017

Sewa, Cuma



and I start to believe that you're not my home that I'm looking for.

Sunday 23 April 2017

Sesuatu Yang Pernah

"we used to have something before" kata dia.
"but you're not my boyfriend. not yet" jawab aku tanpa rasa menjaga hati.

dia yang kelu, diam seribu bahasa. benar, kali ini aku tewas. tewas dengan mainan diri sendiri. bayangan yang aku tak dapat selindung. bukan lagi untuk didiamkan.

"yes, i admit. we used to have something before. sadly, salah i. tak pernah bagi you peluang untuk mencuba." jelas aku.

"i do love you. i do." penjelasan jujur bagi aku.

dia yang mula merapatkan tubuhku dengannya. memeluk erat.

aku mula membiarkan bibir berbicara tanpa rasa dihantui dengan fikiran yang asyik menolak untuk memberitahu. melepaskan ego. ego yang terpendam lama.

"i do love you. but I'm scared. and yes we had something before. i keep on asking myself. who are you? ada apa dengan kau? kenapa aku membayangi kau? jawapan yang masih tidak hampir pasti." 

"....i admit kita trauma dengan benda lama. we both." dan aku setuju dengan kata dia kali ini.

kita bersama diam membisu. yang tinggal hanya kata kata yang tergantung dengan pelukan yang erat. jawapan yang sudah dijawab tapi masih belum secure.

"kalau you jodoh i atau bukan, you akan kahwin dengan i or maybe someone else, one thing for sure, i tengah kumpul duit. whether u or someone else, I'm all ready" jelas dia.

"so as far that, we just remains friends. like we used to"

aku memandang dia dan tersenyum. terima kasih kerana memberi ruang. walaupun kau serasa tidak adil kerana tidak pernah memiliki cinta aku, tetapi aku tahu kau tetap ada ruang untuk aku.

dan kami membiarkan malam terus tenggelam.

bisu.