adapun ada hari hari kita tidak selalunya berpayungkan matahari
cerah
kita masih mempunyai hujan yang cuba menyejukkan
biarpun kita basah meniti rasa
dan percayalah bahawa
pelangi akan selalu ada buat kita
mewarnai rasa rasa janggal
rasa yang hanya kita sahaja yang tahu.
mungkin pelangi berdoa
agar kita kekal tersenyum
walaupun kita terlalu mengharap yang tinggi
tapi masih jatuh pada skala yang paling rendah.
No comments:
Post a Comment