aku ingatkan perjalanan aturan yang Allah kasi aku dah cukup indah tapi rupanya Allah aturkan lebih indah untuk aku. yea. mulai harini aku mula bukan lagi dalam golongan golongan itu. aku harini mula mengatur setiap strategi baru dan barangkali ini mulanya hidup aku untuk melangkah lebih depan. pada asal aku teriak lantang memberitahu bahawa dunia seakan tidak adil, memberontak sinis dan malah mengalir airmata sesal pada apa yang dah aku alami. bukan tidak bersyukur Allah sudah kasi peluang dan pengalaman itu, cuma aku sedih kerana terpaksa dan memaksa untuk lebih mengendong beban dari semua segi. aku akui aku tenang melangkah dengan langkah baru yang aku semat dalam jiwa dan aku mula berpaling arus kerana hal ini. tapi alhamdulillah. mujur masih ada yang kugelar "manusia hidup bergantung mati tersemat". mereka laa manusia manusia yang buat aku mula tersenyum walaupun masih dalam teriak.
dengan caturan baru dalam perjalanan hidup aku, aku mula rasa Allah sedang berikan aku pengalaman baru untuk aku bawak dari sekarang supaya aku rasa apa itu masa depan. aku mula dapat belajar untuk catu, mula rasa menghargai dan mula mencipta pengalaman baru. alhamdulillah :) semuanya indah Allah aturkan. insyaAllah. aku bawak semangat baru. aku mohon padaMu ya Allah. kau jauhkan aku dari anasir anasir yang melalaikan, kemalasan dan rendah diri yang terlampau. aku mohon kekuatanMu ya Allah. aku mohon. amin.
p/s : sabar itu separuh daripada iman. dan setiap orang yang sabar akan terima ganjarannya :) insyaAllah.
No comments:
Post a Comment