Tuesday, 13 December 2011


senyum dan kekal tersenyum. tiada ayat dari hati atau tangan ini untuk menaip sebaris ayat yang bisa aku ungkap betapa aku dalam keadaan indah. segalanya aku bisa pancarkan dengan sekadar senyuman. senyuman yang kau bisa lihat dalam dalam, yang boleh buat kau mahu terasa indah bersama aku. sukar untuk aku gambarkan. terduduknya aku dihadapan keindahan alam yang Allah cipta, aku tergambar satu perasaan yang ingin aku luahkan tapi tidak terkesampaian.

tiada yang tidak mustahil dalam dunia nieyh. semua boleh jadi. dan harini aku bisa lihat dunia aku berubah dari satu tahap aku mahu diri aku dibaham jerung di lautan dan kini sudah berubah seperti dunia yang aku cipta dengan selori gula gula. manes bukan ? itulaa yang aku rasakan kini. Allah ciptakan aku berbagai dugaan untuk aku rasa manesnya senyuman untuk harini.


dunia belajar
alhamdulillah aku masih bertahan dan masih menampung sekuat semangat untuk aku lalui hari hari disini. baru hari ini aku tahu mengapa kau hidangkan aku dugaan dugaan yang pernah aku mengeluh suatu ketika dulu. rupanya keluhan itu sudah mula bertukar satu momen dimana aku menanti si bunga untuk mekar. *senyum.

dunia jiwa
alhamdulillah. walaupun tidak bisa aku katakan siapa dan apakah yang sedang aku diikat dengan status, tapi aku percaya aku mahu bertapak dengan satu hati ini. bukan kerana cintanya tapi kerana dia. dia yang berjaya mengubah aku, berjaya buat aku mahu melihat dunia bersama dia. andai sampai satu saat nanti, aku bisa terangkan siapa dia dengan jelas. buat masa ini kami sekadar . . . ehem :)

ya Allah. aku minta ini kau kekalkan. kekalkan aku bersamaMu, sabar bersamaMu dan kuat bersamaMu. amin.

No comments:

Post a Comment