" awak kene jadi contoh baik buat mereka "
masyaAllah. sebegitu berat perkataan ini untuk aku kendong. sungguh. kepercayaan dan kekuatan yang diberi sebegitu membikin aku merasa aku sebenarnya setaraf sahaja dengan mereka. ke depannya kerja aku bukan untuk membangga diri atau apa pun. aku cuma mahu berubah dari aku yang asal ke aku yang lebih baek. dan alhamdulillah. aku mula terasa aku bisa gapai lagi cita cita aku. maaf wahai kawan kawan andai perubahan aku membikin kau orang rasa aku melebih, tersanjung atau membuak rasa iri hati atau apapun. bukan niatku untuk menonjol seperti ini. aku hanya mahu memperlihatkan usahaku sampai tahap mana sebenarnya kemampuan aku yang sesetengah "orang" memperkatakan. maaf sekali lagi yea kawan kawan. sungguh bukan niatku. insyaAllah. aku takkan pernah bangga diri, lupa aku yang pernah bawah dan takkan pernah sombong untuk share ilmu. insyaAllah kita sama sama bantu sesama yea.
bila kau percaya pada diri, segalanya bukan lagi perkara luarbiasa.
No comments:
Post a Comment