Friday, 30 March 2012

4 hati dalam satu jiwa



ke hadapan 4 hati satu jiwaku,

assalamualaikum. sesungguhnya tersekat sekat nafasku mahu menulis coretan ini buat 3 manusia yang pernah memberi aku dunia suatu ketika dulu. alhamdulillah harini aku masih bisa meletakkan kau orang dalam carta yang paling atas dalam hidup aku. 

GRADUATION ! yeayyy ! *throwing heart confetties :') alhamdulillah. berkat kau orang selama 6 semester kat sini, akhirnya kau orang dah boleh tarek nafas lega. syukur dan aku manusia yang menumpang gembira malah paling gembira melihat kau orang dah boleh melangkah ke hadapan. alhamdulillah.

well, first of all, aku nak tulis puisi sebenarnya tapi cam tak best je laa kann :) but then, takpe kan aku selit sekali ? :)

aku pernah ada 4 hati
yang duduknya dalam satu jiwa
4 hati ini yang datang membawa seribu makna
yang terkadangnya aku menanges mengenang setiap memori
memori yang aku takkan pernah rasa lagi dengan sesiapa selain mereka.

4 hati ini
yang membawa aku merasa
apa itu gembira bersama
apa itu sedih bersama
apa itu menanges bersama
apa itu senyuman bersama
dan apa itu keluarga.

maaf kerana aku
merobohkan ikatan 4 hati yang sudah tenteram duduknya dalam satu jiwa
maaf kerana aku
menitiskan airmata 4 hati ini melihat aku dicoreng 
maaf kerana aku
membuat kau gundah gulana memikirkan hidupku
maafkan aku.

wahai 4 hati
terima kasih untuk keluarga ini
terima kasih untuk tunjuk ajar ini
terima kasih untuk berkongsi sayang dan kasih ini
terima kasih menjadi kekuatan ini
terima kasih untuk segalanya.
terima kasih.

sesungguhnya
aku tak mampu nak membalas.

aku mahu menyatukan 4 hati ini
menjadi satu jiwa kembali
walaupun ia hanya awangan, bukan realiti.
tapi sungguh
aku bersyukur kerana masih
bisa melihat 4 hati ini memandang aku 
memeluk aku
dan berbicara denganku dengan senyuman.
terima kasih ya Allah.

duhai 4 hati
aku ingin kau tahu
4 hati yang pernah duduk dalam satu jiwa itu
tetap pahat dalam jiwa aku
takkan pernah mamah dek cemuhan dunia.
biar ia kekal dalam 1 jiwa.
amin.

apepun, aku gembira kau orang dah mampu melangkah ke hadapan. congrats :) sungguh tak tahu nak cakap apa lagi. terima kasih banyak banyak for everything. terima kasih :')

*kenangan terindah by samsons

No comments:

Post a Comment