sumber gambar : facebook afiq
1992 - 22.8.2012
cukup hanya sehari, Allah berikan aku peluang untuk bertemu seorang sahabat yang selalu aku bertemu mata ke mata tapi tidak berbahas segelumit ayat dari bibir. cukup hanya sehari, Allah beri aku peluang untuk bertukar peribadi diri, kehidupan masing masing. cukup hanya sehari, Allah beri aku lihat wajahnya tersenyum riang. cukup hanya sehari.
terduduk aku di suatu sudut, punya aku dan dia. perkenalan aku bukan lah diatur atau dirancang. mungkin barangkali Allah sengaja mahu aku bertemu dengannya. aturan Dia. mula bertukar nama, asal sampai lah ke suatu topik mengeluh mengenangkan final year kami. ditunjuknya aku logo gajah dia yang comel itu. sama seperti orangnya. kecil comel. kesian melihat dia terduduk di situ, aku mengajaknya sekali ke dalam tempat perjuanganku. dan disitulah bermula dan berakhirnya waktu perkenalan kami.
berikan aku sebab mengapa aku tidak patut mengalirkan airmata setelah tahu ketiadaannya ? Allah beri masa yang begitu singkat untuk aku rasa kehadiran dia sebagai sahabat baru aku. ye, terlalu awal. masa berjalan sebegitu pantas sehingga aku sendiri sebenarnya masih belum percaya kehilangannya dia. aku yang tak rapat, inikan yang sebegitu rapat dengannya. titisan airmata takkan pernah tumpah kalau dia bukan sesuatu.
assalamualaikum afiq ashmir,
perkenalan kita sebegitu singkat tetapi aku tahu kau terlalu baik sehingga aku rasa senyumanmu itu sungguh ikhlas dari hati. aku tahu ini bukan penghujung cerita kau sama aku. Allah sayangkan kau lebih dan Allah mahu kau berada dekat disisiNya. dan aku, hanya mampu melepaskan kau ke tangannya dengan hati yang tenang. melihat kau bahagia di sana, adalah bahagia aku disini. insyaAllah, punya rezeki lagi, mana tahu kita akan berjumpa disana.
afiq,
walau aku kenal kau cuma sehari, tak kenal kau dalam tapi yang pasti kau sudah pun masuk sebahagian dalam hidup aku. sahabat, ye sahabat duhai afiq. usah gusar. doa aku sentiasa untuk kau, semoga kau sentiasa bahagia disana dan petanda aku selalu ingat dengan kau. aku takkan padam kenangan sehari itu. malah aku semadikan cantik dalam hati.
tiada salahnya kau dengan aku. maafkan aku jika punya salah dengan kau. moga moga kau tergolong dalam golongan orang orang yang beriman. amin.
selamat tinggal afiq. Al-Fatihah.

No comments:
Post a Comment