Thursday, 27 September 2012

degupan hati



semalam mereka asing, 
hari ini mereka satu.
semalam hari aku kelam, 
hari ini aku ketemu bintang berpijar.

dua manusia bergabung dalam dunia aku, 
dua jiwa yang aku peluk bagai dendam, 
dua ketawa yang paling aku candu, 
dua pelukan yang paling syahdu,
 yang dua kini jadi satu.

 satu yang aku letak nilainya tinggi,
 satu yang gantinya tiada, 
satu yang tetap satu, 
satu ini anugerah, 
yang satu itu adalah 
kau. 

kerana mereka adalah 
perempuan yang sentiasa berdegup dalam hati aku. 
insyaAllah 
untuk selamanya.

No comments:

Post a Comment