Aku selalu letak realiti dan khayalan dalam satu kelompok yang sama. Kelompok di mana semua khayalan yang bikin aku senyum manis, mencuba mencari dan meletakkan realiti sebagai cagaran.
Aku adalah perempuan yang selalu bikin pemikiran aku sentiasa punya sesuatu untuk aku khayalkan. Malah, aku pasti ramai lagi yang punya pendapat yang sama. Bukan melihat dari aspek seorang anak seni tapi juga seorang doktor atau mungkin orang tukang sapu sampah. Semua akan berkhayal, sama ada sama atau berbeza.
Pada aku, khayalan dengan aku selalu berkawan baik. Khayalan membawa aku banyak terbang tak jejak tanah. Mungkin tak seindah khayalan kau, kau dan kau tapi aku tetap rasa khayalan aku terpaling indah. Dari khayalan aku bisa buat hidup aku lebih lapang, lebih merasa hidup laa senang kata. Even ia hanya bayangan pemikiran kita yang cuba merogol setiap apa yang ada dalam otak kita, but hey I love just the way it is. Dont ever ask why :)
Realiti ? Salah satu part alergi aku. Realiti aku mungkin juga tak sehebat kau, kau dan kau. Mungkin kau lebih disorong dari khayalan membawa ke realiti, yang kini semua ada depan mata. For real. Tapi untuk yang bertuah sahaja barangkali. Dan aku masih tercari cari mana realiti aku. Kata orang berpijak dibumi yang nyata lahh.
Dan aku adalah salah seorang yang selalu merungut mengapa khayalan tidak sama letaknya untuk realiti. Aku boleh berkhayal berjam lamanya melihat semua tapi sampai ke realiti, semuanya merosakkan aku, sial. Well, mana mungkin aku boleh samakan dua benda berbeza ini menjadi satu. Selalunya kenyataan lebih memeritkan daripada yang kita bayangkan.
Yang pasti, kita semua kurang bijak untuk membezakan realiti dan khayalan. Sehinggakan semua kau lakukan ada yang kau rungutkan, seperti mahu semua dalam keadaan yang kau impikan. Ini kelemahan.
Dan bila mana kau serasa hilang mencari, cuba bezakan, buka mata dan tutup mata. Itulah perbezaan antara realiti dan khayalan. Aku pasti kau akan jumpa jawapannya.