Nyalaan sigar Malboro, dalam keadaan separa selekeh di bus stop depan apartment aku. Ahhh ! Peduli apa orang kata. Aku tetap dengan cara aku. Cara mencari ketenangan.
Hembusan demi hembusan aku lemparkan. Langit mula menangis dan aku tersenyum sinis. Benar benar tahu aku perlukan momen ini.
Dalam rembesan hujan tu, hadir seorang wanita memegang dadanya seolah seperti dalam keadaan sebak, berjalan dalam dinginnya hujan.
"Awak ! Hujan tuu." jerit aku.
Wanita itu menoleh dengan muka sayu. Tanpa sebarang jangkaan, dia rebah. Aku kaget melihat dan segera bangun dari kerusi selesa aku di bus stop itu. Aku rapatkan badan aku ke arahnya lalu aku kendong dia di bawah bus stop. Aku lihat dia penuh teliti mengapa dia sebegitu lemah dan sayu.
Dengan perlahan aku alihkan tangannya yang tersedia menutup dadanya. Mengucap panjang aku melihat rupanya dia cuba menahan hatinya yang sudah patah. Aku cuba kejutkan wanita itu, malangnya tiada jawapan. Sayu. Yang hanya ada bunyi air hujan yang sedang bersama membawa melodi sayu.
Tanpa aku sedari, semakin ramai mula membanjiri di hadapan bus stop, dengan keadaan yang sama macam wanita tadi. Hati aku berdegup kencang melihat mereka. Seolah seperti dunia zombie yang entah dari mana datangnya.
"Ada benda yang mereka cuba mengajar aku harini. Buka mata, lihat " kata aku dalam hati.
Seorang demi seorang rebah dihadapan aku dalam keadaan dadanya sama seperti wanita tadi. Bergelimpangan tanpa ada sesiapa bisa menerangkan kepada aku. Sayu yang pasti.
Tetapi hati aku tertancap pada seorang wanita ini. Di dalam hujan yang agak derita itu, dia berpayungan dengan wajah yang sebegitu ceria, penuh senyuman. Susuknya tiada seperti mereka yang bergelimpangan. Tidak memegang dadanya yang pasti. Menyala terang dirinya dalam kesayupan.
Aku cuba dekatkan diri ke arahnya. Basah kuyup aku.
" Awak ! Kenapa dalam ramai ini awak tidak seperti mereka ? " jerit aku penuh soalan di minda.
Dia menoleh dengan senyuman paling menawan. Kemudian melihat ke arah mereka bergelimpangan. Wanita itu semakin dekat dengan aku. Dia payungkan aku yang tersedia basah. Senyap. Sunyi. Tiada sepatah bicara semasa kami berjalan sepayung. Yang aku lihat hanya senyumannya yang seperti tidak akan pernah lekang dari bibirnya. Manis. Sesampainya di bawah teduhan bus stop tadi, wanita itu mula duduk di kerusi yang pada aku terpaling selesa. Aku duduk disampingnya. Kami melihat mereka yang bergelimpangan, aku seperti sedang mencari arah mengapa dan wanita itu tetap dengan senyumannya.
" Belajar menghargai. Tiada patah hati. " kata wanita itu dengan ringkas. Aku toleh ke arah wanita itu dengan penuh mendalam.
Dengan slumber, " Cigar Malboro sebatang ? " pelawa aku.

No comments:
Post a Comment