Saturday, 20 July 2013

Permulaan layaran



Aku bawa harapan, doa dan impian baru
dari orang orang sekeliling
yang mahu aku lebih maju ke depan
tanpa putus asa, kalah
gagah dan pakukan langkah.

Sungguh jujur dari hati
semua yang aku bawa
membunuh aku dari dalam
sama ada aku mampu ubah
atau masih sama
tetap yang dulu.

Namun,
kali ini
aku tidak mahu lihat lagi
yang dulu dulu
cerita dulu.

Aku pasti
Tuhan sentiasa bersama
malah
doa mereka.

InsyaAllah
aku layarkan sepanjang perjuangan.

Moga Tuhan perkenankan.