Thursday, 22 August 2013
Dunia rahsia kita
kalau kita ini serangga, saya mahu rumah kita dibina bergantungan di ranting pokok. Rumah kita bulat, bertingkap kaca keliling dan setiap ruang punya bahagiannya sendiri. Yang setiap malamnya ada cahaya memenuhi ruang rumah kita. Siangnya setiap tetingkap saya buka untuk hirup setiap udara segar yang cuba menyelinap masuk. Kita tak perlu taman. Pokok yang kita gantungkan rumah kita itu sudah punya bunga di setiap ruang dedaunan. Yang tiap paginya aku petik, buat penyeri dan wangian rumah kita. Untuk senyuman awak juga.
Tapi, kita bukan serangga. Cuma manusia membawa cinta. Tak mengapa kekasih hati. Mungkin khayalan ini adalah rahsia dunia khayalan kita. Rahsia rumah cinta kita.
Hanya kita.
.png)