Wednesday, 14 May 2014

Rindu



bukan seperti hari hari biasa. bukan seperti waktu waktu yang ada. kali ini benar benar aku rasa apa erti rindu. rindu buat bonda dan ayahanda. rindu yang aku sendiri kurang fasih bagaimana sebenarnya ia tercetus. entah mengapa seperti sekian lama aku rasa aku berjauhan dengan mereka, kali ini benar aku dipetik dengan rasa rindu. seperti terasa benar kejauhannya. seperti terasa aku kosong. malam yang aku balik ke tempat perjuangan, aku terdiam kaku. banyak berkhayal kosong. bila aku dihentak dengan rasa "perlu dilepaskan", daripada sunyi diwajah, terlahir airmata yang penuh rasa mahu pulang. mahu kekal dirumah. mahu kekal bercerita. mahu kekal bersemuka. mahu kekal ketawa. aku terasa tak cukup kuat. kata aku, "aku mahu pulang. ambil bekalan kekuatan mama abah buat perjuangan kali ini". sama ada aku yang tinggalkan kekuatan dirumah atau aku sendiri belum cukup teguh untuk berdiri seteguh mama abah harungi susah senang dunia. seolah malam itu aku takut, aku hilang kekuatan mereka. pendorong yang sentiasa mendorong, peneguh yang sentiasa meneguh jiwa, penguat yang sentiasa menguatkan aku, malah antara tali tali yang paling teguh, yang sentiasa menarik aku untuk sesuatu yang benar bukan kudrat aku untuk capai. 

kali ini Tuhan benar mahu aku rasa. benar hentak aku. 

buat bonda dan ayahanda,
maaf andai aku benar bukan yang terbaik. selagi berdegup nadi, aku cuba beri terbaik untuk kalian. biarpun aku terpaksa bersusah, berpayah atau mungkin berkerah. benar, aku sayang kalian. benar sayang.

doakan anakandamu. 
kekal doakan.
aku masih belum puas menagih doamu,
malah cintamu.