Monday, 16 November 2015

Maaf

"mengapa hatimu sekerasnya tidak membenarkan kepercayaan meresap dalam jiwamu? bukankah kau tahu aku tidak seperti yang kau sangkakan sayang?" kata Is.

aku terdiam membisu. di dalam kepalaku mula berlegar beberapa peristiwa lama yang sememangnya memakan diriku sendiri.

"apakah aku yang salah dalam hal ini atau mungkin aku terlalu membenarkan kesakitan lama menghantui aku?" kata hatiku.

ahh! aku benci rasa ini. maafkan aku sayang.

benar sayang. aku seringkali tersepit dengan perihal lama. bukan kepercayaan yang aku ragui. hanya kerana aku pernah ditipu seakan dungu, aku takut untuk hadap untuk sekian kali. maaf kerana aku terlalu memikir sehingga aku sendiri termakan dek diri sendiri yang sentiasa memikirkan lebih daripada apa yang sebenarnya berlaku. aku mohon masa dengan kau, supaya aku ada ruang untuk letakkan rasa selesa denganmu. aku perlukan sokongan kau, untuk selalu tanam rasa percaya dan mula tolak segala rasa overthinking.

"mengapa kau diam sayang? jauh sangat tuu fikir" Is mula bersuara kembali.

aku memandang dia dengan penuh rasa salah dihati. maafkan aku sayang. maafkan aku. dan airmata aku mengalir tanpa sedar.