aku dengan hati yang gembira, menyusun setiap bunga bunga ros merah disekeliling rumah. wangi sungguh sama seperti hatiku hari ini. aku memanjat kerusi rendah dan aku gantung beberapa lampu berbentuk bintang. kata aku, mahukan rumah ini diterangi rasa tenang. aku susun setiap sudut rumah ini dengan beberapa jenis lilin berbau vanilla kesukaanmu. bau ini benar mengingatkanku dengan setiap memori kita ketika bersama dahulu. ahh, tersenyum aku. setiap tingkap aku gantung langsir putih dan hamparan yang benar lembut. aku susun posisi katilku menghadap tingkap supaya esok pagi kita menyambut siang dengan lagu kegemaranmu, selamat pagi sayang. aku mula gantung beberapa kepingan gambar kita yang bisa buat kita tersenyum sepanjang malam.
"maafkan aku. kau yang sebegitu gembira ini, apakah aku tersalah lihat? atau aku tak tahu ada keramaian yang aku perlu tahu?" tanya Gee.
aku menoleh kearah Gee dan tersenyum. moga moga Gee tahu hatiku yang pernah sunyi satu sudutnya kini mula menanam beberapa pucuk baru.
"aku sedang menunggu kepulangan dia ke rumah ini" kata aku.
"siapa?"balas Gee.
"dia yang pernah bikin aku berada diawangan cinta yang hanya kita berdua yang tahu. dia yang pernah berjanji hanya cinta kita selamanya. dia yang pernah remukkan hati aku dengan tingkahnya. dia yang pernah tinggalkan aku. dia yang buat sudut jajahannya semakin sunyi. tapi, hari ini aku dapat khabar berita yang dia akan pulang. pulang kembali ke rumah ini dengan membawa satu harapan baru supaya cinta kita disemai kembali." jelas aku.
aku memeluk erat Gee dengan penuh rasa tidak sabar menanti hari ini, kepulangan kau. aku sambung menyusun dan mula menyediakan kau beberapa makanan kegemaran kau. moga moga masakan ini buat kau tahu masih ada perencah rahsia bernama cinta yang masih kekal aku simpan hanya buat kau. aku mula bergegas bersiap untuk jadi terpaling indah untuk tatapan kau setelah lama kau menghilang.
tersentak aku dalam gembira, seolah angin membawah khabar berita bahawa kau sudah pulang. aku berlari menuju ke arah pintu dengan penuh rasa debar di dada. melihat kau membawa kembali hatimu yang pernah ada ukiran namaku. menitis airmata aku, kau masih simpan. masih cantik. masih manis.
"kenapa kau tinggalkan aku? tidakkah kau rindu dengan aku?" tanya aku.
"maafkan aku sayang. aku janji takkan tinggalkan kau lagi. itu janji aku. ye cinta, aku rindukan kau. benar benar kau yang benar buat aku separuh gila. gilakan kau" jawab cinta.
"terima kasih kerana masih mahu pulang ke rumah ini. terima kasih cinta" kata aku
aku peluk erat kau. tertitis airmata rindu aku buatmu. terima kasih cinta untuk peluang kedua ini. rumah ini kembali ceria kerana kau. masih. dan aku harapkan ianya kekal. buat selamanya. terima kasih sayang.
aku peluk erat kau. tertitis airmata rindu aku buatmu. terima kasih cinta untuk peluang kedua ini. rumah ini kembali ceria kerana kau. masih. dan aku harapkan ianya kekal. buat selamanya. terima kasih sayang.