Tuesday, 21 February 2017

hanya perhatian, bukan berlian

sedang aku menatap pemandangan dari balkoni rumah bersama sebatang rokok yang aku cuba hadam setiap ketulan asap di udara, datangnya seekor kucing bergesel badannya pada betis aku. aku yang dalam dilamun khayalan, aku terdiam. seekor kucing itu cuba menunjukkan beberapa aksi seperti mahukan sesuatu dari aku. aku masih tidak memahami.

"meow" rengek kucing itu sambil badannya tidak behenti bergesel.

"wahai kucingku sayang. apakah yang kau pingin dari aku ni?" kata aku pada kucing itu.

akan tetapi, kucing itu mula beredar pergi. dan aku masih terdiam.

adakah ini rasanya apabila diperlukan perhatian dan kasih sayang tetapi tidak diendahkan? inikah rasanya?

walaupun dia seekor kucing tapi dia tahu apa itu rindu. dia lebih banyak menunjukkan rasa mahukan perhatian lebih daripada aku. apakah kerana aku tidak tahu menyatakan rasa mahukan dia dalam hidupku?

apakah marah dia kerana aku leka? apakah rajuk dia kerana dia mahukan aku? apakah rindu dia adalah apa yang aku mahukan?

aku perhatikan kucing itu. yang tadinya mahukan aku dan kini bila aku memanggil dia, buat tak endah pula. dan kenapa aku rasa seperti diabaikan?

ahh! dugaan apa Tuhan cuba lakukan pada aku ini?

adakah dengan gaya dan cara aku untuk tidak memberi perhatian dan tidak mengendahkan keluh resah tangisan rindunya, aku akan dilayan seperti kucing itu akan datang? terdiam aku dalam lamunan persoalan yang menimbun.

treet treet treet...

"cinta. maafkan aku kerana apa yang ingin aku katakan pada kau. telah aku habiskan masa aku dengan mencuba sedaya upaya menarik perhatianmu, akan tetapi aku masih tidak diendahkan. aku yang kumpul rindu, seperti tidak mahu kau lepas sesaat dari aku. kau tahu cinta, rasanya ini sakit. seperti tergantung, seperti diabaikan. bukan aku tidak memahami, cuma hati yang terlalu merasa ketiadaan kau, aku kosong. bukan bergantung tapi ingin rasa diperlukan dan disayangi. aku ini orangnya lemah ketiadaan rasa sayang kau disisi. telah aku tangis setiap rasa bagi melepaskan rasa sakit ini tapi aku gagal sama sekali. cinta, maafkan aku. baru sekejap tadi, aku belajar. aku sudah pun berhenti berharap agar aku diberi perhatian lagi dari kau. bukan merasa berputus asa tapi hati aku letih merasa diabaikan lagi. tidak mengapa cinta. tidak akan ada lagi hati aku ingin mencuri perhatianmu lagi. payah, payah buat aku. tapi aku cuba. maafkan aku cinta." 

mesej yang dihantar oleh dia terlalu menyakitkan aku. apakah dia sudah rasa putus asa dengan perhatian aku? aku terlewat untuk sedar akan semua ini?

"aku terlalu sayangkan kau, cinta. terlalu sehingga aku ini selalu rasa tidak puas dengan kehadiran kau. selalu mahukan kau. selalu. salah aku, cinta. ye, salah aku. aku tidak pandai dan tidak belajar untuk memuaskan diri dari mahukan kau."

sambung mesej dia. ye, aku terlewat. hatinya mula memudarkan diri aku dalam dirinya. "maafkan aku sayang, aku terlepas pandang." kata aku dalam hati.

"kau tidak memahami aku sayang. terpulang apa katamu" balas aku. ego.

..............

"tidak mengapa. akan aku habiskan mahu aku terhadap kau. kau takkan dapat tuntut lagi lepas ni. ini yang penghabisan. dan aku lakukan ini demi membuat kau rasa aku memahami kondisi kau. biarlah ianya sekadar hiasan bahawa aku memahami biarpun sedikit demi sedikit aku memudarkan diri aku. selamat malam cinta. cinta aku dengan kau masih sama cuma sayang aku akan aku pudarkan demi bahagianya kau."

menitis airmata aku. kata kata kau cukup membuat aku rasa sudah diabaikan biarpun bukan dengan perilakumu. terlalu lewat.

aku kekal menghisap rokok, airmata dan angin mula meniup seakan tahu, aku akan mula merasakan diri aku kosong. kerana salah aku.

yang aku buat kau jadi seperti ini.