Friday, 21 December 2012

Perempuan


aku tetap perempuan.
yang dicipta sebagai perempuan. benih yang telah bersemadi telah bercantum melahirkan aku sebagai perempuan. ye, aku perempuan. 
tetap, azali.

aku tetap perempuan.
yang datangnya punya hati, punya perasaan, punya sifat yang Allah jadikan selembut dan semanis perempuan. yang datangnya dia diperbuat daripada tulang rusuk lelaki, yang tetapnya perempuan. 
pendamping paling kukuh.

aku tetap perempuan.
yang hatinya cepat tersentuh. yang bila ditibai hatinya, luluh menangis tersadung jiwa. terguris. yang hatinya kau perhambakan ia lemah. tetap Allah beri kekuatan disebalik kelemahan. 
teguh.

ye sayang, aku perempuan.
sekasar mana aku kau tonton selama ini, sekuat mana dia berdiri dengan tulang anugerah ini, aku tetap perempuan. aku bukan kau. jauh sekali. berbeda setinggi langit dan bumi. walaupun kita tetap digelar manusia. 

walau kau jentik aku dengan kata dibibirmu, aku tetap akan rapuh. biar kau kata aku mengada, terlalu manja. ye, aku perempuan yang manja. terlalu pingin dibelai. kerana aku perempuan. 
tetap perempuan.

sayang, aku mohon selembar mohon. aku bukan kau, kukuh jiwa, emosi dan rasa. aku tetap perempuan. kalau tak mahu mengambil risiko untuk perjudian ini, kekalkan kau lelaki dan aku perempuan. kalau perjudian ini kau mahu perdagangkan belayar, taruhkan sepenuh hati, selami dalam dalam.

itu sahaja pintaku.
tiada lebih dan tiada terkurang.


No comments:

Post a Comment