Thursday, 3 January 2013
percantuman
" boleh aku jumpa kau pukul 5 petang ini di atas bangunan, tempat selalu ? " tertera nota ringkas bersama cokelat kegemaran aku. seperti selalu, setiap pagi, di atas meja ofisku.
ahh ! ini mesti kerja si jiwa. entah mengapa aku seperti sedang memikirkan sesuatu. barangkali lebih kepada apa yang si jiwa mahu petang ini. bingung.
sesampai sahaja aku di atas bangunan itu, aku mula tersenyum meleret. terimbau kembali memo memo aku masa kali pertama bertemu dengan si jiwa. daripada ketawa berkongsi ais krim Mcd bersama sampailah ke berkongsi bahu menangisi dugaan Dia. dia terpaling rapat antara dalam ramai. kawan yang tak pernah lelah berada disamping aku. dia kesayangan.
" awal kau sampai cinta ? " tegur si jiwa, duduk disisi.
memek muka apa lagi perlu aku beri kalau bukan muka "whatever" aku.
" aku dan masa selalu berkawan baik. mana mungkin aku ingkar persahabatan itu. " jelas aku.
jiwa memandang aku dengan senyuman. mungkin sedikit sinis. barangkali.
sesekali kami memandang pemandangan dari atas bangunan, penuh khayalan.
" kenapa kau bikin aku kemari ? siap cokelat faveret aku lagi. apa kau hilang akal ? " kata aku.
senyap. awakward moment. seolah aku sedang berbicara dengan tembok tembok batu deretan bangunan lain. sepi sungguh. | bodoh kau jiwa ! kau bikin aku suspen | kata aku dalam hati.
tanpa apa bicara, jiwa menghulurkan tangan. bersama mata yang tak lekang memandang mata aku. yang seolahnya sedang berbicara sesuatu.
" mahu kau sambut tangan ini dan cantumkan jiwa bersama cinta ? " tanya jiwa dengan penuh deep.
lantas itu juga, aku hadap depan dan tutup rapat mataku. lalu berbicara denganNya. | Tuhanku. adakah ini salah satu rancangan takdirMu untukku ? | kata aku dalam hati, berdoa.
perlahan aku membuka mata. aku memandang kembali ke arah jiwa. tangan yang dihulur tetap di situ. statik. sama juga seperti pandangan matanya.
" apakah huluran tangan ini punya maksud misteri ? " tanya aku.
jiwa tersenyum.
" aku mahu rasa sesuatu yang tidak pernah aku rasa. rasa yang aku paling tak pandai nak bagi. malah, belum pernah berjumpa dengan sesuatu yang mampu buat aku rasa. tapi dengan kau cinta, aku susah menilai. lagi payah daripada tidak pernah. terlalu deep sampai aku rasa bagai terhantuk. " jelas jiwa.
aku terdiam. mengatur ayat mungkin.
" apa kau juga mahu menabur janji dan akhirnya aku yang amik risiko untuk makan diri ? " tanya aku. penuh serius.
jiwa kekal tersenyum.
" janji tidak pernah aku mahu taburkan untuk kau. aku hanya manusia biasa yang cuba mencari sesuatu yang luarbiasa untuk aku lengkapkan segala yang terkurang. tangan ini mahukan sambutan daripada kau. percaya aku. tersentuhnya jemari ini dengan jemari kau, nyawa aku dan kau adalah dalam genggaman. dengan penuh hormat. " jelas jiwa.
aku memandang tepat ke matanya. tanpa aku sedar airmata aku mengalir dan tangan aku mula menyentuh jemarinya.
jiwa mula tersenyum syahdu. genggaman aku dirapatkan seerat mungkin.
" cinta. aku adalah jejaka paling bertuah memiliki kau. itu pasti. dan yang paling pasti, tiada janji. letakkan hatimu di dalam loket hatiku. percaya dan ikhlas, aku sempurna secara hakmilik peribadimu. "
aku menangis tanpa henti.
" cinta. aku mahu pelukan aku adalah rumahmu. ketawa aku adalah dadahmu. tangisan aku adalah manjaku. dan yang paling pasti hati aku adalah syurgamu, insyaAllah. " jelas jiwa lagi.
aku rapatkan badanku dengan jiwa. tersandar kepalaku di atas bahunya.
" tiada perkataan atau ayat lagi buat kau jiwa. cukup sekadar, aku cintakan kau. " kata aku dengan penuh dalam.
jiwa tersenyum sambil mengusap rambutku.
" kerana itu aku berani cintakan kau. kerana kau anugerah dari Dia buat aku. "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment