jiwa bikin hari hari aku semakin tanpa henti mahu melekat dekat sama dia. jemari selalu erat menggenggam tanpa ruang udara antaranya. pandangan mataku tidak mahu tertumpu pada yang lain, kau disisi terlalu berharga untuk aku lepaskan pandanganku. kau datang, hati aku sentiasa berdegup cantik. semua kerana kau jiwa.
tak pernah sehari kau tak buat aku tersentuh hati. yang dulu semalam, kau bawa aku menari ketawa di taman yang hijaunya seolah membawa berita gembira bahawa kau cintakan aku. kita ketawa, berlaga pipi malah bergurau senda yang manja kau seolah hanya bisa kau tunjukkan untuk aku. aku seorang.
semalam, kau bawa aku ke pantai. tempat paling kesukaan bagi aku. aku tahu kau tahu dan sentiasa mahu aku ke sana bersama kau. sebab kata kau, " tempat ini sama cantik dan bernilai macam kau, cinta. bila ada di sini, aku tenang. sama macam aku bila bersama dengan kau. " kau bawa aku keliling pantai dengan dukungan kau yang tak pernah kau merungut. kesian kau tapi sungguh sayang, aku suka. kesukaan yang terpaling.
setiap pagi, aku adalah manusia yang tak pernah lekang dengan senyuman manis. di atas meja aku mencari rezeki, di situ kau letakkan rasuah paling asyukkkk yang hanya kau seorang sahaja tahu. rasuah yang bisa bikin aku mahu serahkan jiwa aku terus buat kau. terima kasih sayang, cokelat, ros merah dan ayat manis.
malam aku takkan sunyi. romantis, ayat paling deep. pernah sekali, kau bergayut dengan aku, aku menangis.begini katanya.
" cinta. hampir setiap hari nafas aku tersekat bila mula terasa jauh dengan kau. bila malam begini, tak dengar suara kau walau satu nada, aku lelaki paling resah. semua ini kau bikin ke aku. semua ini kerana rindu dari kau cinta. rindu kau bikin aku sakit derita. rindu dendam. "
jiwa, kini roh kau sudah secampuran dengan roh aku. cinta kau buat aku tak pernah aku mahu padamkan. ia terlalu bernilai, terlalu dalam.
dan malam ini jiwa, aku mahu kau tahu sesuatu.
genggam jiwa aku sama macam kau genggam jemari aku ye jiwa.
kau lelaki yang paling aku mahu toleh ke depan dengan masa depan bersama.
aku mahu ini.
sampai ke akhir garisan penamat.
jiwa, kau lelaki paling terindah.
candu aku paling ketagih.
terima kasih untuk cinta ini.
terima kasih.

No comments:
Post a Comment