Thursday, 14 February 2013

Melukis Langit




"jiwa, aku mahu ke sana" kata cinta yang melompat lompat comel, penuh beriya.

"tutup mata aku. kau pimpin aku ke sana" jawab jiwa.

mata si jiwa telah ditutup dengan kain hitam oleh cinta. mahupun begitu, cinta dan jiwa tetap bertukar senyuman seperti tahu bahasa senyuman itu. digenggam eratnya jemari jiwa sambil berjalan riang. sekeliling memerhati mereka seperti manusia ganjil yang entah dari mana. tapi yang pasti cinta dan jiwa tidak pernah merasakan sesiapa disekitarnya. ye, dunia mereka sendiri. penuh kasih dan sayang.

"kita dah sampai tau jiwa. kau kena baring di sini.ikut perintah ye sayang" arahan manja dari cinta sambil ketawa kecil.

perlahan lahan jiwa baring di situ. entah dimana mana yang si cinta bawakan aku, jiwa berkata dengan hati. cinta yang tersenyum riang baringkan dirinya bersebelahan dengan jiwa. sesekali cinta tersenyum melihat jiwa  kerana dia tahu jiwa tidak dapat melihatnya. ahhh betapa aku rindu muka yang kacak ini. 

perlahan lahan cinta buka kain yang menutupi matanya sedari tadi. cinta dan jiwa tak berhenti berkongsi senyuman. tak semena jiwa mengusik hidung si cinta. geram barangkali. terbaring enak aku di dada jiwa. pelukan jiwa adalah rumah paling selesa buat aku.

"cinta, kenapa kau bawa aku ke sini, di tengah dataran merdeka ini sambil terbaring bujur ? kau mahu main rumput ye ?" kata jiwa.

ketawa kecil cinta. geli hati mendengar apa yang dikatakan jiwa agaknya. cinta mula meleraikan pelukannya di dada jiwa. masing masing baring bujur. cuma yang memandang hanya kepala, mata dan senyuman.

"sekarang, kita kena menghadap langit. aku punya sesuatu mahu berkongsi dengan kau jiwa" kata cinta.

masing menghadap langit. 

"sekarang, kita sama sama lukis langit dengan angan angan dunia kita " kata cinta.

"aku mahu rumah kita atas awan begini. penuh bunga penuh kasih sayang" kata jiwa.

"aku mahu ini, aku mahu itu." kata cinta yang melukis dengan penuh tekun dan beriya.

sesekali jiwa memerhati cinta secara rahsia dan tersenyum. betapa comelnya kau cinta bila kau beriya. sungguh aku sayang kau cinta, kata jiwa dalam hati.

"jiwa, cukup dah ?" tanya cinta.

"belum." jawab jiwa tersenyum.

"kenapa belum ? aku rasa dah cukup cantik dunia kita sayang. atau kau ada punya sesuatu ?" tanya cinta penuh hairan sambil melihat langit.

"ada sesuatu" kata jiwa penuh tenang.

"apa dia sayang? aku buntu tak menahu apa. " jawab cinta penuh suspen.

"aku mahu langit ini punya kamu selalu disisi. punya kita. cinta kita" jawab jiwa sambil kenyit mata ke cinta.

cinta tersipu malu. masing masing memejam mata dan tersenyum menghadap langit. secara tak semena jemari cinta digenggam jiwa, penuh syahdu. tak mengira panas yang sedang terik, tetap kukuh menghadap bahagia.

"saat kita pejam mata ini, aku mahu kau berhajatkan sesuatu dengan langit yang kita sudah lukis td." kata cinta.

masing masing terdiam. genggaman erat makin kuat. secara tiba tiba, kedengaran lagu dengarkanlah by sheila majid berkumandang. cinta mula berkerut dahi.

"sayang, usah buka matamu. lagu ini adalah lagu yang selalu akan berkumandang buat langit kita, dunia kita dan cinta kita. sama sama buai denganku ye sayang" kata jiwa.

cinta tersenyum. dan mereka kekal begitu hingga cinta mereka bersatu.

"moga Tuhan benarkan impian kita jadi kenyataan. bersama dengan kau jiwa" kata cinta.



No comments:

Post a Comment